Berita

Rahang membesar,tidak boleh makan,tinggi & berat badan susut hingga tinggal 23kg

3 April – Perasaan sebak dan belas pasti menusuk di sanubari sesiapa saja yang melihat Nurliyana Abdul Raziff, 32, berikutan penyakit Hiper Tiroid dialami wanita itu sejak dua tahun lalu, lapor Harian Metro

Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

“Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat.

Dia juga mengalami kesukaran untuk makan dan hanya bergantung kepada susu khas. Tulang rahangnya membesar dan menyebabkan mulut terkeluar yang juga menjejaskan matanya.

Sejak usia 9 tahun Liyana dikesan mengalami sistemik lupus eritematosus atau lupus yang menyebabkan anti-body dalam badannya lemah dan dia mudah diserang penyakit. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga Liyana boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Nurliyana Abd Razif: 050580-2014-5124

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid itu kerana pada masa sama, dia juga ada masalah buah pinggang dan jantung.

 

Sumber: www.siakapkeli.my

Bahana Ibu Anggap Virus HIV Hanya Mitos Ciptaan Barat, Bayi Berusia 5 Bulan Disahkan Positif HIV Temui Ajal

Satu siasatan dilancarkan oleh pihak berkuasa di Rusia berhubung kematian seorang bayi berusia 5 bulan yang disahkan positif HIV selepas ibunya menolak rawatan untuk bayi perempuannya kerana percaya virus HIV hanyalah mitos.

Wanita terbabit, yang juga seorang penghidap positif HIV lebih dari lima tahun sering menolak untuk menerima rawatan, didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian dan boleh dihukum penjara di Siberia, Irkursk sehingga dua tahun.

Penyiasat memberitahu bahawa bayi itu meninggal dunia pada Februari lalu di sebabkan masalah pneumocystis pneumonia, satu masalah jangkitan pada paru-paru disebabkan sistem imun badan yang lemah.

”Ibu bayi malang itu disahkan positif HIV dan menolak rawatan untuk diri dan anak perempuannya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penyiasat.

Pusat AIDS serantau berkata, bayi tersebut telah didiagnosis dengan penyakit pemulaan AIDS ketika dia dirawat di hospital.

”Paru-paru bayi lima bulan boleh dianggap sebagai ‘meletup’ dari dalam. Ibunya berdegil mengatakan bahawa HIV hanyalah mitos,” menurut kenyataan itu.

Wanita terbabit yang juga ibu kepada dua lagi anak, bagaimana pun menyalahkan petugas perubatan dengan mendakwa bahawa bayi tersebut meninggal dunia disebabkan penyakit pneumonia yang biasa.

Menurut data kerajaan, lebih daripada 900,000 rakyat Rusia hidup dengan virus HIV, dengan 10 kes baru direkodkan setiap jam. Kebanyakkan pesakit memerlukan rawatan setiap hari bagi mengelakkan virus HIV merosakkan sistem imun badan dan menyebabkan AIDS.

Kurang sedikit daripada separuh penghidap HIV di Rusia mengambil ubat antiretroviral, kerana percaya dengan teori konspirasi bahawa AIDS hanyalah mitos yang dicipta oleh dunia barat.

Kematian bayi ini bukanlah kes pertama di Rusia kerana sebelum ini seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun turut menjadi korban, Ogos lalu, apabila ibu bapanya menafikan rawatannya.

Oleh itu,ibu bapa haruslah bertanggungjawab terhadap anak-anak untuk memberi kerjasama dengan pihak hospital sekiranya anak menghidapi penyakit. Hal ini penting untuk menyelamatkan nyawa anak daripada terkorban disebabkan sikap degil segelintir ibu bapa.

Sumber : Jamaica Observer
Via: Siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top