Berita

Seperti dirasuk. 18 cermin tren pecah di baling batu gara-gara iklan biru.

Siapa yang selalu naik tren nak pergi kerja, hati-hati tau! Sebabnya bila musim pilihan raya macam ni, ada je manusia jenis mentaliti kelas ketiga buat hal tak fikir orang lain. Hish!

Menurut perkongsian seorang wanita bernama Malisa kat akaun Twittersemalam bapa dia pandu tren dari Sentul yang penuh dengan iklan Barisan Nasional. Hanya sebab tren tu ada iklan BN, korang tak akan percaya apa jadi.

Ramai seperti dirasuk. 18 cermin tren pecah di baling batu gara-gara iklan biru.Sumber: Twitter

 

Penumpang terkejut tiba-tiba tren dibaling dengan batu

Waktu tu bapa Malisa sedang memandu tren ni dari Sentul ke laluan Tanjung Malim dan Tampin. Tiba-tiba tak pasal-pasal ada orang duk baling batu kat tren ni sampai 18 cermin retak dan hampir pecah. Kalau ye pun tak suka sangat tengok iklan BN terpampang kat tren tu, tolonglah jangan sesuka hati baling batu.

Kat dalam tu ada ramai penumpang, ada orang-orang tua, kanak-kanak, kadang-kadang bayi pun ada. Kalau dorang tercedera, salah siapa? Mujurlah semua selamat, tapi bapa Malisa dan penumpang dia memang terkejut sebab tingkap tren kena batu dan pecah.

Ramai seperti dirasuk. 18 cermin tren pecah di baling batu gara-gara iklan biru.Sumber: Twitter
Ramai seperti dirasuk. 18 cermin tren pecah di baling batu gara-gara iklan biru.Sumber: Twitter

 

Nak ubah Malaysia tapi mentaliti masih kelas ketiga

Marahkan kerajaan, tapi orang lain yang jadi mangsa. Inilah yang kita kata marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Lepas Malisa share pasal ni, ramai yang duk komen pasal betapa mentaliti orang-orang macam ni masih di takuk lama.

“Ramai rakyat Malaysia kutuk dan hina pasal semua benda, politik mahupun personal, tapi tanpa sedar banyak buat salah, diri sendiri pun perlu diperbetul jugak.”

“Kalau geram sangat, baling lah kat pemimpin yang korang benci. Jangan la sebab dia korang mengamuk kat orang lain. Jadi bijak sikit boleh?”

Ramai seperti dirasuk. 18 cermin tren pecah di baling batu gara-gara iklan biru.Sumber: Twitter
Ramai seperti dirasuk. 18 cermin tren pecah di baling batu gara-gara iklan biru.Sumber: Twitter

“Saya tak rasa ni isu politik. Isu penting kat sini adalah keselamatan awam. Baling batu kat cermin tren yang dalamnya ada orang awam. Keganasan tu dah satu hal, menderakan orang awam memang tak boleh diterima.”

“Saya setuju. Banyak cara nak ubah Malaysia. Tapi kena mula dari rakyat. Rakyat kena jadi lebih berilmu, lebih berakhlak. Katanya nak buang pemimpin corrupt. Gunakan buah fikiran, bukan cara mengganas.”

Kalau ye pun tak suka sangat dengan kerajaan yang ada, janganlah sampai hampir cederakan orang lain. Ada cara lain yang lebih bijak. Contohnya, pangkah petak yang korang rasa lebih layak memerintah 9 Mei nanti. Buat pilihan bijak!

 

Sumber: Lobakmerah.com

Vandalisme: Ubah mentaliti rakyat
PADA laporan bahagian akhir isu vandalisme, SOROT mendedahkan kenyataan pihak berkuasa dan pakar undang-undang mengenai bentuk tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan gejala vandalisme.

Perlukah hukuman ditingkatkan bagi menakutkan pelaku vandalisme ini? Mungkinkah gejala ini berterusan kerana tiada langkah proaktif dari pihak berwajib bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan? Atau adakah mereka ini memang jenis yang kurang perhatian dan mahu melakukan sesuatu bagi memuaskan perasaan mereka? Ikuti SOROT siri akhir.

Si pelaku vandalisme perlu beringat sebelum terlintas mahu merosakkan harta benda awam kerana mereka boleh dikenakan hukuman termasuk dipenjara dan disebat.

Peguam, Ayu Pertiwi Hussain berkata, Kanun Keseksaan mengklasifikasikan tindakan mengganggu-gugat harta awam sebagai suatu tindakan khianat, sejajar dengan peruntukan Seksyen 425 di dalam Kanun tersebut.

Menurutnya, jika seseorang melakukan tindakan dengan niat untuk, atau dengan mengetahui tindakannya akan menyebabkan perubahan, penyorotan dalam nilai, kerosakan atau kemusnahan terhadap mana-mana harta awam, orang itu dikira telah melakukan kesalahan khianat.

“Sebagai contoh, sebarang tindakan menggores kerusi tempat menunggu awam, menconteng dinding tandas awam, merosakkan lampu-lampu di stesen MRT adalah dikira sebagai kesalahan khianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Seksyen 426 Kanun Keseksaan menyatakan barang sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 425 (khianat), maka pesalah tersebut bertanggungan untuk dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh 5 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Bukan setakat itu, Kanun Keseksaan memperuntukkan suatu hukuman yang jauh lebih berat bagi pesalah-pesalah yang bertindak merosakkan atau memusnahkan sebarang jentera pengangkutan awam. Seksyen 430A Kanun menyatakan barang sesiapa yang melakukan kesalahan khianat yang menyebabkan halangan, gangguan, kerosakan, atau kemusnahan terhadap mana-mana pengangkutan awam, maka pesalah tersebut, sekiranya disabitkan dengan kesalahan, akan dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh 20 tahun dan selanjutnya bertanggungan untuk dikenakan denda atau sebatan.

“Sebagai penjelasan lanjut, hukuman seksyen ini mewajibkan suatu tempoh pemenjaraan, di samping itu, seseorang pesalah boleh juga dikenakan denda ataupun sebatan. Ini merupakan suatu lonjakan yang ketara dan sejajar dengan risiko kesalahan yang membahayakan nyawa orang awam,” tegasnya.

Namun kata Ayu Pertiwi, bentuk hukuman alternatif boleh digunapakai oleh pihak mahkamah dalam menangani isu-isu vandalisme terutamanya kesalahan yang diambil kira sebagai  ringan dan membawa kerugian kecil.

“Memandangkan salah satu objektif utama dalam menghukum seseorang adalah untuk mengubah seseorang pesalah ke arah yang lebih baik sejajar dengan prinsip rehabilitasi, maka hukuman seperti pemenjaraan mungkin dikira melampau.

“Peruntukan Seksyen 15 dibawah Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 memberi pilihan tambahan kepada pihak mahkamah untuk memerintahkan seseorang pesalah untuk menjalani Perintah Kehadiran Wajib di bawah seliaan Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Di bawah perintah tersebut, pesalah-pesalah akan diarahkan untuk menjalankan perkhidmatan komuniti seperti membersihkan kesan-kesan vandalisme di tempat-tempat awam, membantu di rumah anak yatim dan sebagainya.

“Harus ditekankan, peruntukan ini hanya boleh digunapakai sekiranya Mahkamah berpendapat hukuman penjara yang akan dikenakan (sekiranya Perintah Kehadiran Wajib tidak dikenakan) adalah bagi tempoh tidak melebihi 3 bulan dan sekiranya kesalahan tersebut merupakan suatu kesalahan yang memeritkan suatu hukuman alternatif dan pemenjaraan dikira tidak bersesuaian bagi menangani kesalahan tersebut,” katanya.

Katanya, peruntukan lain yang hampir bersamaan dengan Seksyen 15 juga terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah di bawah Seksyen 293 (e) bagi Pesalah Muda (mereka yang berusia antara 18 sehingga 21 tahun). Peruntukan ini membolehkan mahkamah memerintahkan seseorang itu menjalani perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam agregat, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Sumber: sinarharian.com.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top