Saja Tanya SIMPANAN Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Aku TERNGANGA

Saja Tanya SIMPANAN Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Aku TERNGANGA

Gambar Hiasan

 

Saja Tanya SIMPANAN Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Ramai Doktor TERKEDU !!! | Seperti diceritakan oleh FB Azemi Ali (LINK). Usai urusan di Public Mutual Kuantan, saya bergerak balik ke kampung di Terengganu untuk jumpa ibu dan abang. Singgah untuk mengisi minyak. Saya dilayan oleh Bipul, seorang pekerja Bangladesh di Stesen Minyak Petronas Jalan Ubi Kuantan.

Saja Tanya SIMPANAN Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Aku TERNGANGA

Tergerak untuk bertanya kepadanya ” Sudah lama kerja di Malaysia?”

” 9 tahun”

“Lamanya”

” Datang sini umur 21 tahun. Sekarang umur sudah 30.”

” Saya pernah jumpa pekerja Bangladesh di Madinah. Dia pandai cakap melayu. Tak mahu kerja di sana ” saya bertanya.

” Bukan semua orang boleh kerja di Mekah dan Madinah. Itu rezeki dia. Satu yang tak best kerja di Arab Saudi, tiada gaji minima. Semua ditentukan majikan. Kerajaan tak masuk campur. Nasiblah dapat 200 riyal sebulan. Bipul terangkan dengan panjang lebar.

Memang benar gaji pekerja Bangla di Saudi sekitar 200 Riyal. Saya pernah tanya seorang pekerja Bangla di Madinah.

” Di Malaysia ada gaji minima rm900. Gaji saya sekarang rm1,050. Tahun depan rm1,150. Naik gaji. Itu gaji basic”. tambah Bipul sambil tersenyum.

” Berapa OT sebulan?

” Dalam rm650″

Saya buat conggakan. Gaji Bipul rm1,700 sebulan.

“Sebulan berapa simpan?”

” Seribu lebih boleh”

Wah! Seorang pekerja Bangla boleh simpan rm1,000.00 sebulan. Setahun RM12,000. Dah 9 Tahun Di Malaysia, so dia dah ada RM108,000 !!!!!

Sebelum jumpa Bipul tadi, business partner saya maklumkan yang ada kawan beliau yang gaji rm8,000.00 sebulan tak mampu buat simpanan rm200.00 sebulan.

Apa beza mereka berdua ?

Gaji kecil simpan banyak, gaji besar tiada simpanan.

Bezanya cara fikir. Mentaliti.

Bipul orang dagang. Datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk cari nafkah. Setiap sen amat bernilai. Setiap sen yang diterima disimpan atau digunakan sebaik mungkin. Jika tidak disimpan rezeki hari ini, rezeki esok belum tentu.

Orang kita bergaji besar tidak buat simpanan kerana berada di tahap selesa. Merasakan setiap bulan gaji besar akan masuk akaun bank.

Biasanya mereka belajar tinggi dan bertungkus lumus masa belajar dulu. Bila bekerja mereka mahu tebus susah payah dahulu dengan kesenangan sekarang. Tiada istilah Tangguhkan Kepuasan (Delayed Gratification) bagi mereka. Semua mahu sekarang.

Jangan lupa ada ramai orang kita bergaji besar hilang sumber pendapatan bila ada VSS atau MSS. Lebih teruk bila mereka tiada simpanan.

Pada tahun 1965, sebuah universiti terkemukan dunia telah buat The Marshmellow Experiment. Sekumpulan kanak-kanak sekitar umur 4-5 tahun diletakkan dalam sebulan bilik dan diberi satu marshmelo tang enak.

Satu syarat diberi, anak-anak yang tidak makan marsmelo dalam masa 30 minit akan diberi satu lagi marsmelo tambahan.

Selepas 30 minit, ramai yang tewas dengan memakan marsmelo yang ada dan tidak dapat makan marsmelo tambahan.

Hanya sebahagian kecil dapat ganjaran.

Dari kajian ini, dapatan utama ialah Menangguhkan Kepuasan adalah satu faktor besar dalam kejayaan seseorang individu.

Mereka yang dapat tangguhkan kepuasan berbelanja sekarang dan membuat simpanan akan lebih berjaya dari segi kewangan pada masa depan.

Orang yang dapat tangguhkan kepuasan menonton tv dan mengulangkaji pelajaran akan lebih berjaya dapam akademik pada masa akan datang.

Universiti ini menjejak kanak-kanak ini selama 40 tahun sehingga mereka dewasa. Hasil kajian mendapati anak-anak yang berjaya tangguhkan makan marshmelo menjadi sangat berjaya dalam hidup mereka.

Tukar mentaliti. Ubah cara fikir. Jadilah seperti orang dagang. Buat simpanan untuk masa depan.

Share jika bermanfaat. KREDIT FB Azemi Ali (LINK)

Kredit: sayaluvislam.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *