Saya Kahwin Muda,Tapi Saya Tak Suka Ajak Orang Kahwin Muda. Sebabnya…

Gambar Hiasan

 

Saya kahwin pada usia 22 tahun tapi sayalah org paling tak suka utk perjuangkan tentang kahwin muda. knp? boleh baca bebenang halusinasi ni..

Lately ni saya tgk ramai org kecam org kahwin muda ni. Dari kes si photographer islamic, umur 17 dah kahwin & plg latest si isteri dulunya buruk.

yes betul kahwin muda yg org duk perjuangkan ni utk elakkan maksiat, hidup lebih berkat, rezeki bertambah, jd lebih bertanggungjawab dan mcm mcm lagi.

dan saya setuju, kalau dah ada peluang & ruang untuk kahwin. kahwinlah. usahalah sebaik mungkin untuk kahwin. dan Rasulullah sendiri suruh utk kahwin muda. tp ada syaratnya…

utk kes kecaman yg viral tu. saya nampak dari segi positifnya sgt bagus. sorang perjuangkan isu kahwin muda. sorang kahwin lepas habis spm. sorang lg utk beri kesedaran kpd laki laki takyah nk menggatal dgn org yg ko tk tahu dia tu single ke dh kahwin ke lesbian ke.

Syarat Untuk Kahwin Kuncinya Adalah ‘Mampu’

okay sambung balik. syarat utk kahwin kuncinya adalah MAMPU. Mampu zahir dan batin. okay saya nak sentuh bab yg kecil dalam topik mampu iaitu..

MAMPU = KEWANGAN.
KEWANGAN = DUIT.

“ takpa.. duit bukan segalanya… lepas kahwin. rezeki kan bertambah “

yes. betul. rezeki bertambah selepas kahwin. but apa i nk ckp kt sini. kuncinya adalah. yg si abang akak yg nak kahwin ni. pergi cari dulu ilmu pengurusan kewangan..

sebab KAHWIN ni bukan benda main main. tak sama dgn couple. kahwin ni benda serious ui. and kahwin bukan magik! harini kahwin esok terus rezeki duit dtg. harini kahwin esok terus jd org bertanggungjawab. tak bro. tak!

dan jangan nak salahkan perempuan cari laki yg berduit utk jadikan suami. sbb fakta menunjukkan kes penceraian paling tinggi disebabkan oleh masalah kewangan. sbb duit tu satu hal. sbb ko malas nak cari duit. malas cari ilmu. duk salahkan org lain. salahkan ekonomi. ko apehal?

Ini 5 Sebab Kenapa Tak Suka Ajak Orang Lain Untuk Kahwin Muda

yg org duk cerita betapa indahnya dunia perkahwinan. yg duk share kt social media. semua benda nampak indah indah belaka. persoalannya. bersediakah anda? dari segi mental? rohani? kewangan? or harapkan magik jd kt u?

KENAPA SAYA TAK SUKA UTK AJAK ORG LAIN UTK NIKAH KAHWIN MUDA?

1. JANGAN sesekali bandingkan diri u dgn org lain. “ dia sebaya dgn aku & kahwin dh. aku? mereput je la “ “ ni umur 17 dah kahwin. menggatal je keje “

lain org lain situasi lain background lain cara dibesarkan. semua lain!

2. JANGAN kahwin sbb ikut trend. ramai org nikah muda dia pun nk nikah muda.

kahwin sbb ko MAMPU. bila umur sesuai utk capai tahap MAMPU? bila u dh sedar & keluar dari comfort zone. depends. ada org awal. ada org lambat. tgk mcm mana cara u manage ur life.

3. Kahwin bukan spt apa yg ko nampak kt social media tu je. yg sweet swweet/ pegang tangan-halal. kahwin ni benda yg serious. kalau niat kahwin utk show off dkt org yg kau ni nikah muda. hebat. ikut sunnah & etc. lupakan je la pasal kahwin eh?

Kehidupan ‘Bujang’ Sangat Lain Bila Dah Kahwin.. Wajib Bersedia

4. dah sedia mental utk hadapi sebarang ancaman dalaman atau luaran? sbb apa? sbb itu tugas setan. time couple, hasut buat maksiat. time dh halal nikah, hasut utk gaduh-cerai. kuncinya, SABAR. ni traffic light baru 0.3 saat hijau. kau dh hon org dpn apehal? k. saje je. geram

5. JANGAN nikah muda kalau kewangan tak stabil or tak tahu mcm mana nak manage. pergi cari ilmu dulu. google ke. masuk kelas ke. berguru ke. bila dah kahwin. lain dgn zaman bujang. komitmen bertambah. tanggungjawab besar.

saya bukan nk ckp jangan nikah muda. ni pendapat saya shj. but kalau u rasa. nk jgk kahwin muda walaupun tak MAMPU. kononnya rezeki lepas kahwin bertambah. konon boleh susah senang bersama. ha nikah dan belajarlah.

sekian. the end 🙂

Sumber/Foto : FB Megat Amir Danish & Twiter
Pengasas bersama Sugar Candy MY , Young Beast My & Haje Clothing
Kredit: kuasa-viral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *