Kisah Hidup

“Sebenarnya bukan kawan buat,tapi cikgu” – Bila selak rambut tengok. “Allahuakbar.Telingga anak aku.”

Bila Balik Sekolah Lebam..
Selalu duk baca pasai anak orang ja. Kali ni jadi dekat anak sendiri. Tak pernah terpikiaq pun nak jadi sampai tahap macam ni. Dah banyak kali, bila balik sekolah lebam calaq. tak ambik serius la sebab dia duk bagitau kawan dia buat.

Kali ni yang paling teruk. Bila tnya dia, jawapan sama kawan buat. Ok tak pa aku sabaq tunggu pagi. Nak tekan tanya jugak. Sebab duk berasa tak puas hati. Mungkin naluri kita sebagai ibu sama kot. Buleh rasa yang dia tipu. Semalaman aku tidoq tak lena, gagah terlelap lepas soq tadi ja.

Pukul 7:30 pagi gerak dia bangun, bagi mandi pakai baju apa semua. Duduk depan dia tanya elok-elok.

 

“Cikgu Buat Dinie.. Sebab Dinie Tak Pandai”
Cuba dinie habaq dekat mama betoi betoi paha dinie, muka dinie, sapa buat sebenaqnya.
Kalau tipu mama, berdosa tak masuk syurga.”

Dia diam sat. Duk sat baru dia buka mulut bagitau.

Cikgu buat Dinie sebab Dinie tak pandai. Tapi cikgu pesan kalau mama tanya bagitau kawan buat masa main-main. Telinga Dinie pun cikgu pusing.

Masa dia bagitau pasai telinga tu baru aku selak rambut tengok. “Allahuakbar.. telingga anak aku.”

Pas tu teruih ambik keputusan pi jumpa cikgu tu kat sekolah.

 

Sumber/Foto : Nur Hazwani Ahmad Mazlan

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top