Selain Syed Mokhtar Albukhary Ini Bilionair Melayu Yang ‘Low Profile’ Miliki 4 Jet Eksekutif Tapi Tak Menunjuk Macam Alif Syukri dan Dato Vida

Selain Syed Mokhtar Albukhary Ini Bilionair Melayu Yang ‘Low Profile’ Miliki 4 Jet Eksekutif Tapi Tak Menunjuk-nunjuk

Gambar Hiasan

 

TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM: BILIONAIR MELAYU ‘LOW PROFILE’ YANG MEMILIKI 4 JET EKSEKUTIF, LEBIH 40 BUAH HELIKOPTER!

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.Selain Syed Mokhtar Albukhary Ini Bilionair Melayu Yang ‘Low Profile’ Miliki 4 Jet Eksekutif Tapi Tak Menunjuk Macam Alif Syukri dan Dato Vida

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.Selain Syed Mokhtar Albukhary Ini Bilionair Melayu Yang ‘Low Profile’ Miliki 4 Jet Eksekutif Tapi Tak Menunjuk Macam Alif Syukri dan Dato Vida

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”

Hehehe…comel tak jawapan tu?

*Nota: Semoga kisah ini dapat menyuntik semangat kita ,khususnya orang melayu untuk sentiasa bersaing bagi memajukan diri. Kita semua sebenarnya boleh berjaya cuma kadang-kala usaha belum mencukupi atau belum sampai rezeki. Buatlah apa pun dengan bersungguh-sungguh,insya Allah,kejayaan akan menjadi milik kita.Amin

Kongsikan. Semoga bermanfaat.

Sumber asal : Syahril A. Kadir/ The Star Online
Sumber: therakyatpost.my
Via: eraviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *