Berita

Setelah sekian lama.Akhirnya Sirul sedia dedahkan siapa dalang pembunuhan Altantuya

SHAH ALAM: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar sedia mendedahkan perkara sebenar dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Sirul Azhar berkata, dia sedia membuat pendedahan itu dengan syarat diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan,” katanya.

Menurutnya, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula.

“Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia,” katanya.

Sirul Azhar berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015.

Menurutnya, hasrat itu disuarakan susulan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan perbicaraan kes bunuh tersebut kerana tiada saksi mata dikemukakan dan mahkamah hanya bergantung kepada bukti keterangan semasa yang tidak kuat.

Disebalik pengalaman hitam itu, Sirul juga sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman orang ramai.

“Mereka tak tahu. Itu kesalahan pertama saya. Bersama UTK, saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah semuanya untuk keselamatan negara.

“Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah,” katanya.

Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul Azhar tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri tertuduh pertama selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Sirul Azhar didakwa atas pertuduhan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang dekat sini.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-duanya selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Selian mereka, bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dibebaskan oleh Mahkamah Ting gi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

 

Sumber: astroawani.com

Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya

KUALA LUMPUR : Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga berharap agar Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melihat kembali kes pembunuhan Shariibuu Altantuya yang berlaku pada Oktober 2006, dan sehingga kini masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Menurut satu perutusan khas bagi mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir di atas pelantikan beliau menerajui negara ini, Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.

“Saya amat berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi perhatian khusus bagi menegakkan keadilan, melaksanakan apa jua keputusan mahkamah, serta menyelesaikan tuntutan sivil oleh keluarga mendiang dengan adil dan saksama.

“Ini bagi menyemarakkan dan mengembalikan suasana mesra dari segi hubungan bilateral antara Malaysia dan Mongolia,” kata Presiden Battulga lagi, dalam perutusan yang disiarkan Agensi Berita Nasional Mongolia, Montsame.

Pada awal perutusan itu, Battulga berkata Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun telah membangun dengan pesat, dan reputasinya di peringkat serantau dan antarabangsa telah diperkukuhkan dengan hebat.

“Adalah satu penghormatan untuk mengimbas kembali lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Mongolia pada tahun 1997, di mana ia telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan hubungan bilateral dan peningkatkan kerjasama antara dua negara.

“Saya amat yakin Yang Amat Berhormat dapat menghulurkan bantuan dalam mengembali dan mengaktifkan hubungan mesra yang telah berlangsung secara tradisi antara Mongolia dan Malaysia, dan juga meningkatkan hubungan antara rakyat,” katanya lagi.

 

Sumber:  astroawani.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top