Kisah Hidup

Tak kisah bau hanyir dan dipandang rendah.Peniaga ikan jana untung RM4000 sehari

Kuala Terengganu: Taktik menjual ikan sehingga RM2 lebih rendah bagi setiap kilogram berbanding harga biasa membolehkan tiga beradik meraih untung besar RM3,000 hingga RM4,000 sehari.

Mohd Anuar Arifin, 32, Mohd Al Fatah, 30, dan Mohd Sufian, 23, mengumpulkan duit simpanan masing-masing hingga cukup RM8,000 bagi menjalankan perniagaan itu sejak enam bulan lalu.

Mohd Al Fatah berkata, pada peringkat permulaan dia bersama abang dan adiknya berasa bimbang untuk mengeluarkan wang simpanan bagi menjalankan perniagaan itu berikutan terlalu banyak pesaing yang menjalankan perniagaan sama di kawasan itu.

“Pada peringkat awal, perniagaan kami tidak mendapat sambutan tetapi hasil kesabaran dan percaturan perniagaan yang berkesan termasuk menawarkan harga lebih rendah berbanding pasaran, perniagaan kami berkembang dengan cepat.

“Kami jual RM1 hingga RM2 untuk sekilogram ikan berbanding harga pasaran semasa selain menyuntik modal lain untuk berniaga sayur dan buah termasuk durian sehingga tapak niaga mendapat jolokan ‘pasar mini’ berikutan menyediakan pelbagai jenis barangan basah,” katanya di Kampung Kubang Jela, Manir, di sini, semalam.

Mohd Anuar pula berkata, paling menyeronokkan apabila mereka meraih sehingga RM8,000 sehari pada Ramadan lalu.

“Malah boleh dikatakan setiap hari kami terpaksa membuat pengulangan stok,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dua adiknya tidak mempunyai pekerjaan tetap namun selepas berniaga, mereka bukan saja mampu menjana pendapatan secara lebih konsisten, malah menyimpan untuk masa depan.

Mohd Sufian berkata, dia tidak kisah bergelumang bau hanyir ikan pada setiap hari selain dipandang remeh kerana menjalankan perniagaan di tepi jalan seperti itu.

 

Sumber: hmetro.com.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top