Ilmu/Tips

Tak Pernah Tahu Ada Lubang Ini Di Mata Anda? Tak Sangka,Ini Fungsinya

Mata adalah pancaindera penglihatan manusia yang sangat penting. Dengan mata, kita boleh melihat dunia beserta warna-warninya. Kita boleh dengan mudah menjelajahi dunia dengan bantuan mata kita. Hal ini kerana fungsinya yang penting, mata memiliki beberapa proses untuk melindunginya supaya boleh bekerja dengan baik. Kita boleh berkedip, menutup mata, dan juga mengeluarkan air mata.

Dalam bahasa ilmiah, proses mengeluarkan air mata disebut proses lakrimasi. Air mata boleh keluar saat kita mengantuk, boleh juga keluar semasa kita sangat sedih sampai menangis.

Fungsi air mata ada banyak, di antaranya menjaga mata dari bakteria, membantu kelopak mata bergerak di bola mata, dan membersihkan kotoran yang melekat pada bebola mata.

Bahagian mata ada banyak, seperti kornea, retina, iris, dan sebagainya.

Air mata dihasilkan di kelenjar air mata (lacrimal gland), letaknya di ujung luar atas mata di daerah pelipis. Setiap mata punya kelenjar masing-masing. Lalu, air mata akan keluar ke konjungtiva (bagian merah yang ada di balik kelopak mata) dan membasahi seluruh bola mata saat berkedip. Sebagian air mata ada yang keluar menetes seperti yang kita lihat saat orang menangis, namun ada sebahagian lagi yang masuk ke lubang kecil (punctum lakrimale) di ujung atas dan bawah mata dekat hidung. Lubang itu akan menyalurkan air mata ke dalam hidung melalui lacrimal canaliculus. Ini sebabnya saat kita menangis, rasanya seperti terkena selsema kerana hidung kita dipenuhi oleh air mata dan hinggus.

Cuba anda berdiri di hadapan cermin dan perhatikan bahagian mata betul-betul. Jika anda perasan, ada satu lubang kecil berada tepat di kelopak mata bahagian bawah.

Mesti anda tertanya-tanya apakah fungsi lubang kecil berkenaan, bukan? Jika ada bulu mata anda terkena lubang kecil itu, pasti anda akan berasa sedikit gatal.

Lubang kecil itu sebenarnya sesuatu yang normal kerana semua individu di dunia memilikinya. Cuma, apa yang mungkin kita tidak tahu adalah fungsinya.

Lubang kecil itu dikenali sebagai lacrimal punctum

Tak Pernah Tah

Lacrimal punctum adalah bahagian mata yang normal; ada yang sedikit besar berbanding dengan lubang kecil pada mata sebelahnya.

Anda mungkin tidak perasan akan kewujudan lubang kecil itu pada bahagian bawah kelopak mata, tetapi pasti majoriti daripada kita yang tidak tahu langsung bahawa ia sebenarnya wujud pada bahagian atas dan bawah kelopak mata manusia.

Terdapat banyak konsep yang salah berkaitan dengan lubang kecil tersebut. Contohnya, ada yang mendakwa ia menghasilkan air mata. Ianya salah.

Untuk pengetahuan anda, lacrimal punctumsebenarnya sebahagian daripada proses saliran mata. Kalenjar air mata akan menghasilkan air mata manusia, kemudian air mata itu akan dikumpulkan oleh punctum dan disalirkan menerusi lubang itu, di mana hasilnya anda akan tersedu-sedu selepas menangis.

Ia juga boleh dianggap seperti terusan yang terbuka, di mana ia menghubungkan mata manusia kepada pundi lacrimal. Air mata akan disalirkan daripada pundi tersebut kepada saluran lacrimal yang terdapat pada bahagian hidung manusia. Hal ini lazimnya menyebabkan hidung kita berair selepas menangis.

Terdapat juga prosedur yang membolehkan lubang kecil itu daripada terus mengumpulkan air mata dengan banyak

Tak Pernah Tah

Iaitu memasukkan plag kecil seperti ini pada lubang kecil berkenaan

Tak Pernah Tah

Ia merupakan satu prosedur yang menakutkan, bukan? Tetapi prosedur berkenaan berperanan untuk menghalang mata daripada kering – jika air mata disalurkan secara berterusan.

Dengan menutup lubang berkenaan, mata kita akan kekal lembap, sihat dan berupaya untuk melawan sebarang jangkitan. Indikasi porsedur ini termasuklah sindrom mata kering, keratitis, sindrom Sjogren dan hakisan kornea berulang.

Terdapat juga kes di mana lacrimal punctumberfungsi secara berbalik, di mana ia membalikkan aliran bendalir. Ini bermakna, bendalir seperti air mata, udara dan bahkan darah pun boleh keluar menerusi lubang kecil tersebut!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber 1: anakbertanya.com
Sumber 2:Erabaru

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top