Berita

Terbaru!! InsyaAllah, Anwar Bebas Hari Ini – Nurul Izzah

11 Mei – Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan.

Ia berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Anwar telah mendapat Pengampunan Diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.

Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di sini seawal jam 12 tengah hari.

Anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui berkata, beberapa dokumentasi perlu diselesaikan.

“Insyaallah. Akan dibebaskan hari ini.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respon lanjut daripada beliau berhubung perkara ini.

YDP Agong Sedia Beri Pengampunan Diraja Terhadap Anwar Ibrahim – Tun M

10 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, kata perdana menteri.

Tun Mahathir berucap di satu sidang media yang diadakan sebentar tadi selepas mengadakan mensyuarat ringkas untuk membentuk kabinet tidak lama lagi, lapor Malaysia Kini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawat6an perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

Justeru itu, kata Mahathir, prosedur selanjutkan akan disusuli selepas ini.

“Jadi kami akan melalui proses sewajarnay bagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya.

Pengampunan itu akan membolehkan Anwar kembali ke politik.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

 

Wan Azizah bakal Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Memakai baju kurung bunga dengan senyuman lembut terukir dibibir ketika menghampiri sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya, gaya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sangat polos itu membuatkan ramai yang tidak menyedari akan kehadirannya ketika itu.

Dia juga sempat bergurau dengan salah seorang peniaga barangan kemas di sana ketika diajak mengambil gambar bersama sambil mengepak kipas lipat ditangan kanan serta sarung tangan yang sentiasa menjadi alas tangannya.

“Berapa harga emas sekarang? Sudah lama saya tak beli barang kemas.”

Dr Wan Azizah, 65 tahun pertama kali didorong kedalam dunia politik adalah pada April, 1999 yang pada ketika itu dibawah Parti Keadilan Nasional.

Perlantikan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebaik parti itu diisytihar menang dalam pilihan raya kali ini.

“Tidak mudah untuk menerima, tetapi saya percaya dia sudah berubah dan kita sekarang bekerjasama menyelamatkan Malaysia.”

Tun Mahathir juga dikatakan telah bersetuju menyerahkan kembali kedudukan Anwar sebaik dibebaskan daripada penjara serta mendapat pengampunan diraja yang akan membolehkannya bertanding dan memenangi kerusi di Parlimen.

Walaupun Dr Wan Azizah pernah berkhidmat sebagai Presiden parti dan wakil terpilih selama lebih satu dekad, ini merupakan kali pertama beliau bakal memimpin sejak tahun 2004.

Ini bermakna, sejarah sekali lagi tercipta apabila memperlihatkan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat bakal mentadbir negara.

Kredibiliti beliau juga terbukti apabila menang pertarungan lima penjuru melawan calon BN, Leong Kok Wee, calon PAS, Mohamed Sukri Omar, bekas wakil rakyat Teratai, Janice Lee dari Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dengan jumlah majoriti sebanyak 61%.

Malaysia sudah bersedia untuk berubah, Tahniah Wan Azizah!

Sumber: The Straits Times Asia
Kredit: siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top