Berita

Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.

Seorang doktor di India didakwa membunuh selepas tindakannya melakukan pembedahan untuk membuang kemaluan menyebabkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut.

Dr Anuj Kumar dipercayai melakukan jenayah pembedahan tersebut hanya semata-mata untuk memastikan ramalannya sebelum ini yang mengatakan bayi yang bakal dilahirkan itu sebagai bayi perempuan adalah tepat.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah klinik kesihatan persendirian miliknya di daerah Chatra, Jharkhand.

Polis yang menerima laporan daripada ibu bapa mangsa, Guriya Devi dan Anil Panda kemudian bertindak menahan doktor terbabit.

Menurut pihak polis, ibu mangsa memberitahu bahawa suspek telah melakukan ujian ultrasound terhadapnya dan mengesahkan bahawa bayi yang dikandung adalah bayi perempuan.

Pasangan tersebut mendapatkan perkhidmatan suspek dengan bayaran sebanyak RM 998 bagi proses kelahiran melalui pembedahan.

Ibu mangsa juga memberitahu bahawa suspek kemudian telah mengambil bayi tersebut selepas pembedahan selesai dijalankan.

Suspek kemudian didakwa bertindak melakukan pembedahan ‘kedua; untuk menanggalkan genital bayi lelaki tersebut. Suspek seterusnya mendapatkan ibu mangsa untuk menyerahkan bayi tersebut dengan sambil memberitahu bahawa bayi yang dilahirkannya adalah bayi perempuan. Bagaimana pun bayi tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian.

Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena cuba meminta penjelasan daripada kakitangan di klinik tersebut sebelum membuat laporan polis.

”Kami telah menghantar mayat bayi tersebut ke hospital di Chatra Sadar untuk tujuan bedah siasat. Polis yang hadir ke klinik persendirian tersebut mendapati bahawa ia ditutup,” kata Ashok Ram, jurucakap polis.

Menurut Dr. D N Thakur, pemeriksaan yang dijalankan sebelum ini terhadap klinik kesihatan suspek telah menimbulkan tanda tanya mengenai kelayakkannya.

”Suspek tidak dapat menunjukkan dokumen berkaitan yang sah. Kami ada memintanya untuk menghantar salinan lesen amalan perubatannya dan untuk menjalankan perniagaan klinik persendirian sebelum 16 April, namun suspek gagal berbuat demikian,” kata Dr. Ahok Ram.

Pihak polis masih menjalankan sisatan, sekiranya suspek didapati bersalah, dia boleh dihukum atas kesalahan membunuh dan operasi klinik miliknya boleh ditutup.

Sumber : Telegraph IndiaVia: Siakapkeli.my

”Abah Tak Sangka, Inilah Perjalanan Terakhir Adik Tinggalkan Abah”,Luahan Sayu Bapa Kanak-Kanak Meninggal Dipercayai Didera

 

Kita sebenarnya sudah kerap kali mendengar mengenai kes dera hingga menyebabkan mangsa dera kehilangan nyawa. Kadang-kadang kita pun merasa sangat pelik kerana kebanyakkan mangsa dera ini didera oleh ahli keluarga sendiri, yang sepatutnya melindungi si kecil ini, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Nyawa hilang di tangan orang tersayang.

Baru-baru ini pun kita dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh seorang lelaki mengenai anaknya yang menjadi mangsa dera dipercayai oleh orang yang dikenalinya. Mangsa yang dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman selain tulang rusuknya turut patah hasil bedah siasat yang dibuat oleh hospital.

Jom kita ikuti luahan bapa mangsa dibawah, yang dimuat naik dalam beberapa siri kemas kini di laman facebooknya.

Dukacita di beritahu, anaknda saya Muhammad Rayyan Hidayat bin Hairil khan telah kembali ke Ramathullah pada pagi ini. Abah sayang anak abah, maafkan abah sayang. Last abah jumpa adik bulan lepas. Last adik nak jam abah beli. Tapi abah tak dan jumpa. Tak sangka adik pi tinggal abah dulu.
Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.
Abah tak sangka sayang. Inilah perjalanan terakhir adik tinggalkan abah. Belum puas abah nak jaga adik. Abah di uji dengan perpisahan. Abah tak dapat jumpa adik. Abah tak dapat dengar dah suara adik whatsapp abah “bila abah nak balik”. Dari kecik abah sayang adik sampai besaq. Sampai bila-bila. Abah rindu nak cakap ngan adik. Sampai hati adik tinggal abah.

Dulu depa selalu tak bagi abah tengok adik. Tapi tak pa, lepas ni hari-hari abah boleh tengok adik kat kubur adik. Tak da sapa boleh halang dah abah tengok adik. Adik tunggu abah nanti taw. Abah harap anak abah di tempatkan di syurga. Adik tak penah buat abah marah. Adik selalu hepikan abah dengan telatah adik. Abah sayang adik sangat-sangat.

Abah tau adik sengsara. Sejak dari mula abah tinggal adik dulu abah selalu rsau keadaan adik. Hajat abah tak sampai bila abah hantaq jam robot yang adik nak tu depan-depan adik. Abah nak tengok reaksi adik bila dapat jam tu. La adik dah tinggalkan abah. Dengan sapa lagi abah nak whatsapp nak bercakap. Abah rindu suara adik.

Tinggal yang ni saja la kenangan yang ada. Adik selalu mesej abah malam-malam. Lepas kena blok, adik tak mesej dah abah. Adik selalu call abah guna whatsapp. Cerdik anak abah ni. Time abah duduk kat klinik gigi, adik rajin kol sampai nak jumpa doktor pun tak dan. Lepas ni tak da sapa dah nak whatsapp abah. Tanya abah sihat ka dak, abah buat apa. Tak dak dah.
Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.

Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.

Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.
Jenazah anak saya Muhammad Rayyan Hidayat di bawa ke Alor Setar untuk post mortem. In sha Allah petang or malam baru boleh selesai. Tolong doakan segala keadilan untuk anak saya.

Masih menanti keputusan anak syurga ku. Tunggu abah kat sana ya sayang.  Abah tau adik ada dekat-dekat sini. Abah teringin nak tengok adik senyum. Masih teringat lagi kata-kata “Yatt sayang abah”. Sungguh sukar aku terima. Putera yang aku sayang terbujur kaku. Tak bernyawa. Tak aktif seperti biasa.

Hanya sebahgian dari kebahagiaan yang adik bagi pada abah. Walaupun abah belum puas nak jaga adik. Abah sayang adik sangat-sangat. Kalau boleh abah gantikan sengsara adik, Abah lakukan untuk anak abah. Abah tak kuat nak lalui semua ni. Abah gagal jadi abah yang baik. Abah harap adik tak marah abah. Abah tetap sayang anak-anak abah. Belum puas rasanya abah nak melihat senyuman, ketawa, mesej-mesej adik.
Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.

Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.
Itu saja kenangan yang abah ada. Abah harap ni semua satu mmpi. Tapi apakan daya, hanya tubuh kaku yang abah dapat. Kalau adik boleh dengar abah. Abah sayang adik.. Adik hadirlah dalam mimpi abah. Sebab abah tak puas lagi nak bersama adik.

Dari berdiri sampai terduduk dah. Bila la anak abah nak keluaq ni sayang. Abah dok tunggu adik ni sayang. Abah tak pi mana pun. Abah ada ja tunggu adik keluaq jumpa abah. Adik jangan p mana-mana abah ada tunggu kat luaq ni.
Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.
Dah dapat laporan. Ada organ yang rosak. Pendarahan dalaman. Tulang rusuk patah. Ya Allah kau masukkan lah mereka ni dalam neraka jahanam. Sesungguhnya mereka tak layak bergelar manusia. B*** s**** punya manusia. Maafkan abah adik. Sebab tak dapat lindungi adik. Maafkan abah.

Bapa mangsa turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat ke akaun facebooknya.
Tersalah ramal.Kemaluan bayi lelaki dipotong doktor untuk jadikan bayi perempuan.
Sumber : Hans Van Dijk Via: Siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top