Kisah Hidup

Tiba² pakcik tua ditinggalkan di tengah² jalan.Rupanya pakcik mangsa kepada…..

Cerita hari ini. Sendiri terjadi pada saya, teringat pada arwah ayah. Saya bukan mahu aibkan sesiapa, tetapi saya mahu pesan, jangan buat ayah macam itu. Orang tua memang ego, kita sebagai anak layankan baik-baik saja tahu?

 

Macam rutin biasa. Tengah hari akan ke sekolah Suri dan Saif untuk siapkan mereka ke Kafa. Jadi dari pejabat di Cyberjaya, balik ke Putrajaya ikut lorong tikus. Lalu jalan biasa di Jalan Teknokrat 1 depan Lim Kok Wing, naik saja selekoh, lepas simpang pejabat, tiba-tiba nampak Perodua Alza warna putih.

Brake tiba-tiba dan turun seorang pakcik tua pakai kopiah dan beg selimpang. Dalam hati apahal pakcik ini turun tengah jalan sebab jalan itu ada dua lorong arah sama. Di lorong kiri si Alza itu sudah blah, saya pula di lorong kanan.

Saya pun berhentikan kereta di tepi pakcik itu dan terus buka tingkap kereta belah kiri dan tanya dia kenapa dia turun di tengah-tengah jalan ini. Sini tiada bas dan hentian bas paling dekat pun terletak berhadapan dengan Lim Kong Wing.

Pakcik itu beritahu yang anak dia turunkan dia dan meminta saya untuk menghantarkannya ke Bandar Mahkota Cheras. Di dalam otak ini terfikir, macam mana pula mahu hantar pakcik ini? Anak-anak tengah menunggu di sekolah.

Nantilah fikirkan, kejap-kejap lagi pun boleh. Saya pun terus mempelawa pakcik itu menaiki kereta saya. Dia mahu duduk di hadapan, tetapi saya tidak benarkan sebab ada barang-barang makanan tengah hari anak-anak di kerusi hadapan.

Jadi saya minta pakcik itu duduk di bahagian belakang kereta. Pakcik itu kata duduk di belakang sudah serupa seperti tuan besar. Saya balas dan berkata tidak mengapa dan meminta dia untuk masuk cepat sebab kereta sudah banyak di belakang sebab saya memang berhenti di tengah-tengah jalan di lorong kanan. Memang berisiko sebab lorong orang memotong dan tengah memecut naik bukit.

Tiba² pakcik tua ditinggalkan di tengah² jalan.Rupanya pakcik mangsa kepada.....

Bila pakcik itu naik saja kereta, saya terus menghala ke sekolah, tidak jauh pun, dalam jarak beberapa meter, semasa tengah turun bukit, Perodua Alza itu tengah menunggu saya. Jadi saya pun berhenti tepi dia dan rapat-rapat buka tingkap kiri dan dia pun memang tengah tunggu kot siapa yang ambil bapa dia ini.

Saya pun bertanya kenapa dia turunkan ayah dia di tengah-tengah jalan ini. Panas gebang. Kalau kena langgar tadi, bukan turunkan ditepi jalan. Perempuan itu pun cakap, ayah saya ini ego, degil dan tidak mahu dengar cakap orang lain. Dia kata dia boleh balik sendiri.

Saya pun jeling dan cakap yang saya mahu parkir di tepi jalan. Saya signal kri dan parkir di hadapan kereta dia dan saya turun.  Pakcik itu saya biarkan di dalam kereta yagn berkunci tetapi dengan enjin yang masih hidup.

Saya meluru pergi ke arah perempuan tadi itu. Dia dengan bangganya cakap, biarkanlah dia tengah jalan tadi, ego sangat. Saya cakap eh, kau ini. Tudung saja labuh, tapi buat sanggup buat pada ayah sendiri macam ini.

Kau tahu tidak berdosa? Kalau tidak tahu rasa bila ayah kau sudah tiada. Kau ni tidak fikir kalau tadi aku tengah tekan minyak naik bukit dan langgar ayah kau? Kau sudah menyusahkan aku. Tidak pasal saja. Kau ini memanglah.  Esok bila bapa kau sudah mati kau tahulah.

Perempuan itu muka macam tidak puas hati saja terus pergi ke kereta aku dan cuba untuk buka pintu dan ambil bapa dia. Kereta sudah central lock, jadi dia tidak boleh buka dan kena buka daripada bahagian pemandu.

Pakcik itu buka tingkap dan minta untuk bukakan pintu. Pakcik mahu tampar dia ini. Saya dengarlah perbalahan anak beranak berkenaan kunci rumah. Pada pacik tiada dan pada anak dia pun tiada.

Pakcik itu kata tiada kunci rumah, aku pecahkan saja rumah. Saya tidak berapa fokus dengar sebab orang tengah lalu lalang perhatikan drama kami di tepi jalan tetpai saya dapat tangkap isu ini mengenai kunci rumah.

Setelah 7 minit mereka berbalah, saya jawab pecahkanlah pakcik. Pakcik itu cakap okay, tetapi pakcik balik ikut budak-budak ini. Pakcik turun kereta dan cakap terima kasih sebab sudi tumpangkan dia. Sambil-sambil itu, saya perhatikan kelakuan mereka.

Di dalam kereta itu ada penumpang lain tetapi tidak turun pun. Perempuan tadi terus masuk ke dalam kereta dia balik. Pakcik terus masuk ke dalam kereta juga. Saya masuk ke daam kereta sambil perhati lagi melalui cermin pandang belakang. Saya nampak mereka semua sedang marah pakcik itu dengan menunding jari pada pakcik itu.

Mereka semua tunggu saya blah dulu, tetapi saya tidak bergerak. Mereka jalan dulu sambil tengok-tengok saya tetapi tidak jelas sebab cermin saya tinted sangat gelap.

Tiba² pakcik tua ditinggalkan di tengah² jalan.Rupanya pakcik mangsa kepada.....

Moralnya adalah walaupun bapa kau itu suruh kau turunkan dia di tengah-tengah jalanraya, turunkan dia di tepi jalan atau kawasan hentian bas. Bukannya di tengah-tengah jalan tempat kereta tengah memecut laju. Kawasan itu tiada teksi, bas sejam sekali pun susah. Tidak perlulah kau buat macam itu.

Saya tetiba teringkatkan pada arwah ayah. Teringat pada saat-saat bertekak dengan ayah. Syukur tidak pernah lagi saya buang ayah macam itu. Bukan saya mahu berbangga diri cerita hal ini di Facebook, tetapi saya rasa saya perlu beritahu.

Memang saya bukanlah anak yang baik. Kadang-kadang melawan cakap mak dan arwah ayah. Tetapi bila ayah sudah tiada macam sekarang ini, kalau akan terasa kehilangan itu. Walaupun pasangan hidup sekali pun, tidak bolehlah bagi kasih sayang ikhlas seperti mak dan ayah.

Sumber : Ezzan Suraiya Kredit: ohmymedia.cc

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top