Berita

Tulang ikan tersangkut di saluran kerongkong? Jangan minum air, sebaliknya lakukan perkara ini dengan segera bagi mengelak padah dan mudarat

Tahukah anda bagaimana menangani masalah cebisan tulang ikan yang tersangkut di saluran kerongkong? Apa yang perlu anda lakukan sekiranya terdapat cebisan tulang ikan yang telah tersangkut di saluran kerongkong dan anda tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkannya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan, sila dan tolong jangan menelan apa-apa makanan atau air. Sebaiknya, sekiranya cebisan tulang ikan itu masih boleh dikeluarkan dengan jari anda, keluarkan ia dengan segera. Sekiranya masih tidak boleh mengeluarkannya, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Sekiranya tulang ikan tersebut tersangkut lebih dalam di saluran kerongkong, minta bantuan orang lain untuk melihatnya dengan menggunakan lampu suluh, dan jika ia masih boleh dicapai, ambil cebisan tulang ikan tersebut dengan menggunakan penyepit kecil.

Jika masih gagal berbuat demikian, sila jangan mencuba apa-apa cara lain yang akan lebih memudaratkan keadaan. Jika berasa sakit, sebaiknya segera berjumpa dengan doktor. Dan ingat, jangan menggunakan cuka, menelan kepalan roti atau nasi, atau menggunakan kulit jeruk. Ini adalah cara yang salah. Jika anda memaksa diri menelan tulang ikan tersebut, ia akan menggores saluran esofagus lalu boleh menyebabkan luka dan jangkitan.

Terdapat beberapa kes berkaitan kesalahan mengatasi masalah mengeluarkan tulang ikan yang telah memudaratkan mangsa dan kesilapan ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan dan perlu dianggap serius.

Kes pertama : Mangsa meninggal dunia.

Seorang wanita yang berasal dari Wuhan, China sedang menikmati hidangan ikan, apabila secara tiba-tiba secebis tulang ikan telah tersangkut di saluran kerongkongnya. Wanita ini telah menelan dua ketul nasi kepal sekaligus bagi memaksa tulang itu ditelan.

Dua hari kemudian, wanita ini mengalami kesakitan di dadanya, mendapat demam panas dan kejutan jantung. Setelah pemeriksaan gastroskopi dijalankan di hospital, doktor telah menemui sebatang tulang ikan sepanjang 2 sentimeter di saluran kerongkongnya. Oleh kerana wanita ini telah mengalami pendarahan yang berterusan, nyawanya telah gagal diselamatkan dan meninggal dunia.

Kes kedua : Menelan tulang ikan secara paksa.

Sebatang tulang ikan halus berukuran 2.2 sentimeter hampir meragut nyawa seorang nenek berusia 62 tahun ketika dia sedang menikmati hidangan ikan dan tulang ikan tersebut telah tersangkut di kerongkongnya.

Pada mulanya, nenek bernama Zhang ini ingin mengatasi masalah ini dengan cara menelan secara paksa tulang ikan tersebut. Akibatnya, tulang ikan tersebut telah tertusuk di bahagian kerongkongnya yang nyaris terkena pada lengkungan aorta vaskular terbesar dalam tubuh badan pada jarak 3 milimeter. Sekiranya terkena pada bahagian ini, ia pasti boleh mengancam nyawanya.

Seorang doktor pakar gastroenterologi di Hospital Xinqiao, China telah berjaya mengeluarkan tulang ikan ini dengan kemahiran teknik endoskopi lalu telah dapat menyelamatkan nyawa nenek ini.

Kes ketiga : Tulang ikan yang menembusi dinding usus.

Dua puluh tahun yang lalu, seorang doktor pernah bertemu dengan kes seorang wanita kaya yang datang ke hospital dengan tulang ikan yang telah tersangkut di kerongkongnya.

Doktor ini telah menyarankan supaya wanita ini menggunakan kaedah endoskopi untuk mengeluarkan tulang ikan tersebut. Tetapi wanita ini telah enggan mengikut saranannya untuk melakukan pemeriksaan dan terus pulang ke rumah.

Seminggu kemudian, keadaannya menjadi lebih parah, tulang ikan itu telah menembusi ruang aorta, dan wanita ini telah mengalami pendarahan yang banyak sehingga meninggal dunia. Sayang dengan wang banyak tetapi tidak mahu membelanjakannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa.

Doktor ini memberitahu lagi kes seorang pesakit yang telah tersangkut tulang ikan di kerongkongnya dan telah pergi  ke hospital. Namun, para doktor di situ telah mengarahkannya untuk pergi ke hospital lain yang boleh mengeluarkan tulang ikan tersebut, yang mana telah menembusi lengkungan aorta. Akan tetapi pesakit ini tidak mempercayainya.

Selepas itu ketika keadaan semakin parah, pesakit ini telah pergi ke hospital yang disarankan dan pada waktu itu pesakit ini telah muntah darah dan tidak dapat diselamatkan. Usianya baru dalam lingkungan 30-an.

Seorang doktor bernama Xu Siwei dari Hospital Universiti Zhejiang, China yang telah berpengalaman selama 30 tahun sebagai pakar bedah kardiotorak berkata beliau pernah menemui lima orang pesakit yang telah menderita dengan kecederaan esofagus dan aorta akibat tulang ikan yang pada mulanya telah tersangkut di bahagian kerongkong. Empat daripada lima pesakit ini telah meninggal dunia.

Jadi, jangan ambil mudah sekiranya tulang ikan telah tersangkut di bahagian kerongkong. Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cara yang betul, ia boleh memudaratkan dan membahayakan nyawa.

Sumber: Era Baru

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top