Berita

Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.

Semalam Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi menggantikan Tun Mahathir yang diumumkan sebelum ini. Melihat kepada latar belakangnya yang agak akademik iaitu bekas pensyarah UIAM, penceramah motivasi, seorang yang kuat pendidikan agama, sudah tentu ideanya amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa dan golongan pelajar khususnya.

Dalam satu temuramah beliau bersama Astro Awani semalam, Dr Maszlee akan menerapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baru dalam tempoh 5 tahun ini. Mungkin bagi pelajar yang tak berapa nak faham, dalam erti kata lain, korang dah tak payah jadi robot lagi kerana sebelum ini asyik exam, exam dan exam sehingga anak-anak berasa stress kerana sistem pendidikan kita berorentasikan peperiksaan dan bukan mengenal pasti apa minat pelajar.  Insya Allah, selepas ini minat pelajar akan dinilai berdasarkan minat dan bukannya berdasarkan kecemerlangan dalam pendidikan.

Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.

Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.

Baca perkongsian yang ditulis oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi dalam facebooknya.

Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi 👉 “Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini.”

Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan :

Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer.
Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.
Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar. Win!Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.
Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!
Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita.
Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit, dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win!

Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.

7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Cukup 7 point ini rasanya. Sangat jelas gagasan yang Dr Maszlee Malik mahu bawa dalam pendidikan di negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.

Jangan lupa sign petition di sini menyokong Dr Maszlee ya 👉 https://bit.ly/2KAeN06 👈 (Ada pihak yang tak berpuas hati, dilabel Dr Maszlee terlalu Islamik, ekstrimis agama, liberal dan gelaran yang sewaktu dengannya)

Semoga maju jaya Tuan!

Kami bersamamu! Dan saya berharap semua ibubapa juga bersetuju.

Ini adalah hadiah Hari Guru yang paling istimewa pada tahun ini!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
#TukangCeramahBudakSekolah

Sumber:  Akhi Fairuz Al-Jengkawi Via : remaja.my

Setelah Ambil Alih, Ini 4 Idea Utama Sistem Pendidikan Dr. Maszlee Malik
Perambil alihan jawatan Menteri Pendidikan oleh Dr. Maszlee Malik daripada Tun Dr Mahathir punya impaknya kepada netizen.

 

Ada yang tidak bersetuju kerana beranggapan Tun M harus kekalkan saja keputusan awal tersebut memandangkan beliau mempunyai kredibiliti ke atas masa depan pelajar. Sentimen ini melarat sehingga membawa kepada kewujudan sebuah petisyen online iaitu di change.org

Namun, majoriti menyambut baik disebabkan dua perkara. Satu, Tun Dr. Mahathir telah mengakui wujudnya poin di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia tidak boleh memegang jawatan menteri di dalam kabinet dan netizen seharusnya menghormati poin tersebut.

Dan keduanya, Dr. Maszlee memiliki pengalaman sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat untuk badan pemikir, iaitu IDEAS. Oleh itu, beliau mempunyai idea asas mengenai hala tuju pendidikan negara buat masa ini.

* * * * *

Apa-apa pun, Dr. Maszlee dalam temuramah terbaru bersama  Astro Awani malam tadi telah mengemukakan 4 idea yang ingin difokuskan oleh beliau selain mengubah sistem berorientasikan peperiksaan yang dilihat rigid. Apakah idea itu?

01
Pentingkan konsep pembentukan karakter untuk menghasilkan pelajar yang berinovasi dan kreatif. 

 

Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.
02
Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada SEMUA, termasuklah golongan kurang berkemampuan di bandar dan luar bandar.

03
Beban guru akan dikurangkan dengan adanya sokongan pembantu pengajar dan kelas yang akan dikecilkan.

 

Ubah sistem pendidikan,guna konsep filem 3 Idiots. NO EXAM Oriented.
04
Studying should be fun! Pembelajaran dan pengajaran baru ini akan dijadikan lebih seronok dan menggembirakan.

Apa pendapat korang?

Apakah lagi pembaharuan yang dirasakan relevan seiring dengan perubahan zaman dan teknologi sekarang?

 

Sumber: remaja.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top