Ilmu/Tips

Viral kuih kuba guling guna abu tempurung kelapa.Ini kesan kepada kesihatan anda.

Bulan Ramadan selain bulan pesta ibadah, ia juga dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia kerana ketika Ramadanlah kita semua tanpa mengira bangsa dan agama dapat merasai pelbagai juadah dan hidangan yang tidak pernah ditemui ketika di bulan-bulan yang lain.

Paling mencuri tumpun pada tahun ini adalah kuih kuba guling ataupaun Kuih Kerbau Guling yang menjadi viral gara-gara keunikkannya. Selain faktor namanya yang sedikit lucu, resepi yang melibatkan penggunaan arang tempurung kelapa juga dikatakan turut menarik perhatian orang ramai untuk mencuba kuih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan kembang ini.

Namun timbul juga kebimbangan soal kesihatan dalam kalangan orang ramai berhubung penggunaan arang tempurung kelapa itu. Bagi menjawab persoalan tersebut, seorang penulis di Root Of Science yang bergelar pensyarah di dalam bidang toksikologi telah menghurai secara panjang lebar mengenai isu kesihatan yang dtimbulkan itu.

Jadi, bahaya ke tidak?

Berdasarkan penulisan tersebut, pensyarah terbabit menjelaskan bahawa warna hitam yang terdapat pada kuih kuba guling adalah berasal daripada serbuk arang tempurung kelapa. Bagaimanapun katanya, warna hitam tersebut juga boleh terhasil apabila pembuat kuih kuba guling menggunakan activated charcoal yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan kek.
Viral kuih kuba guling guna abu tempurung kelapa.Ini kesan kepada kesihatan anda.
Jadi persoalan utama yang mahu dijawab oleh penyarah tersebut adalah bahaya penggunaan arang tempurung kelapa tersebut. Menurut pensyarah itu, penggunaan arang tempurung dalam penghasilan makanan seperti kuih kuba guling adalah TIDAK BAHAYA.

Katanya arang tempurung kelapa juga adalah sejenis activated charcoal, satu kompenen yang terhasil apabila tempurung tersebut dibakar dengan menggunakan suhu yang tinggi sekaligus menghasilkan unsur karbon.

”Dalam kuba guling, abu ini akan digunakan terus dalam masakan namun untuk penghasilan ubatan, abu ini akan diproses dengan suhu tinggi menjadi lebih poros,” katanya yang menyebut bahawa pil activated charcoal yang digunakan dalam industri bakeri juga dihasilkan daripada abu tempurung.

Justeru katanya, orang ramai mungkin sudah pun sebelum ini makan makanan yang menggunakan arang tempurung kelapa. Malah, activated charcoal ini juga turut digunakan dalam industri kosmetik dan produk kecantikan, antaranya adalah penghasilan ubat gigi dan pencuci muka.

Dalam dunia perubatan pula, activated charcoal digunakan dalam merawat sakit gastrik untuk membuang/menyerap gas di dalam perut selain merawat toksik akibat pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan.
Viral kuih kuba guling guna abu tempurung kelapa.Ini kesan kepada kesihatan anda.
Walaupun ia selamat untuk dimakan, namun anda dinasihatkan untuk tidak mengambil activated charcoal secara kerap.

‘Dos yang berlebihan akan menyebabkan kesan malnutrisi tubuh di mana activated charcoal abu ini akan menyerap nutrient lain seperti kalsium, kalium dan nutrient lain,”katanya lagi.

Malah, activated charcoal yang berlebihan dalam badan juga akan memberi kesan kepada mereka yang bergantung pada ubat-ubatan kerana ia boleh menyerap kesan efektif ubat-ubatan seperti ubat asma dan ubat hormon yang biasa diambil oleh pesakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome).

Namun katanya, activated charcoal yang menyerap kesan efektif ubat apabila seseorang itu mengambil activated charcoal di dalam bentuk pil, bukan yang digunakan di dalam makanan memandangkan dos yang digunakan adalah sedikit dan tidak akan memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya.
Viral kuih kuba guling guna abu tempurung kelapa.Ini kesan kepada kesihatan anda.
Pensyarah tersebut pada masa yang sama juga mengingatkan bahawa activated charcoaladalah berbeza dengan Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH) walaupun ia mempunyai warna yang sama. Ini kerana kajian yang dilakukan menunjukkan ada kaitan PAH dengan kanser (unsur karsinogen). Kesan hitam PAH boleh terhasil pada sesuatu makanan seperti satey, roti canai atau ikan bakar akibat pembakaran arang/minyak pada suhu yang tinggi.

Bagaimanapun katanya, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil makanan yang mengandungi activated charcoal secara kerap walaupun dosnya sedikit dan tidak memudaratkan. Hal ini kerana activated charcoal bertindak sebagai span dengan struktur yang poros. Ia boleh menyerap nutrien lain seperti kalsium, kalium dan natrium dan boleh menyebabkan beberapa ubat seperti ubat asma atau ubat hormon akan hilang kesan efektif.

‘Dalam prinsip toksikologi terutamanya toksikologi makanan, ingin ditekankan semula setiap yang dimakan itu akan menjadi ubat atau racun, bergantung kepada dos/jumlah yang dimakan,” katanya.

Sumber : Root of Sciene Via: siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top