Uncategorized

VIRAL:Pakcik Ambil Duit Gereja Di Johor,Pusat Zakat Tampil Dedah Cerita Sebenar

Tersebar di media sosial berkenaan kisah pakcik berkopiah masuk gereja di Johor Bahru untuk meminta bantuan RM200 bagi beli ubat isteri dia yang tengah sakit barah payudara.

VIRAL:,Pakcik Ambil Duit Gereja Di Johor

VIRAL:,Pakcik Ambil Duit Gereja Di Johor

Sudahkah kita tabayyun dengan info tular sebegini?

Melalui pencarian di alam siber, didapati kisah ini telah dimuatnaik di blog –kopicengkih.blogspot.my– pada 31 Julai 2016. Blog tersebut kini telah tidak aktif, entri terakhir adalah pada 22 Nov 2016.

VIRAL:,Pakcik Ambil Duit Gereja Di JohorPenulisan tersebut adalah mengambil daripada satu akaun Facebook menggunakan namaGoldprince Boss (sudah pasti ini akaun palsu) yang kini sudah tidak wujud lagi.

Di dalam screenshotFacebook Goldprince Bossitu menyatakan bahawa pakcik berkopiah tersebut mengambil duit RM200 untuk membeli ubat bagi penyakit barah payudara.

#Tabayyun : Bolehkah ubat kanser yang terkawal dibeli di farmasi tanpa deskripsi doktor? Bolehkah ubat kanser dibeli secara runcit sikit-sikit secara mingguan?

VIRAL:,Pakcik Ambil Duit Gereja Di Johor

 

#Tabayyun : Benarkah wujud gereja yang menyediakan tabung untuk mengambil wang dan hanya sekadar menulis di buku log jumlah yang diambil? Pernah dibongkarkan bahawa tidak wujud mana-mana gereja menyediakan kotak lutsinar berisi wang untuk diambil. Penjelasan mengenai pembongkaran kepalsuan viral kotak lutsinar di gereja boleh dibaca di sini.

Ayat-ayat dalam entri blog tersebut (kopicengkih) adalah ‘copy‘ & ‘paste‘ daripada posting Facebook menggunakan nama Saff Rainz. Penjelasan mengenai Saff Rainz boleh diikuti di sini.

Penjelasan terhadap dakwaan Saff Rainz  boleh diikuti di sini.

Benarkah Gereja Mudah Beri Bantuan?

Berbalik kepada kisah gereja beri bantuan, sebenarnya tiada kebenaran terhadap mitos yang selalu kita dengar bahawa gereja beri bantuan dengan mudah. Sekadar tulis nama di buku log dan terus ambil duit berapa sahaja diperlukan.

Seperti yang dijelaskan di atas, sebenarnya tidak pernah wujud mana-mana gereja menyediakan kotak lutsinar berisi wang untuk diambil.

VIRAL:,Pakcik Ambil Duit Gereja Di Johor

Jika pun ada bantuan yang ditawarkan oleh pihak gereja, ianya tidak semudah itu. Paderi @ pihak gereja akan merujuk mana-mana individu yang perlukan duit kepada pihak NGO mereka. Yang jelasnya duit bantuan akan disalurkan melalui bank bukan secara tunai.

Gereja bukan tempat menyimpan duit. Jika benar, kita akan selalu dengar berita gereja dimasuki pencuri. Hasil diskusi antara agama merungkaikan mitos ini. Boleh ikuti penjelasan di sini.

Sikap Orang Kita

Penulisan tanpa bukti dan maklumat lengkap pun masih ramai netizen percaya asalkan info yang diterima berunsur negatif dan meraih simpati.

Jangan menghukum jika tidak tahu jalan cerita yang sebenar. Kaji dulu berita datang dari mana, jika sumber pun tidak tahu siapa, jangan mudah melatah, semak dahulu sebelum percaya dan sebelum sambung sebar.

 

Berikut adalah penjelasan daripada pihak Majlis menjawab dakwaan yang berasas oleh individu yang tidak bertanggungjawab didalam ‘Screenshot’ yang tular sebelum ini

VIRAL SAFF RAINZ KONON BAGI SENTAP PEGAWAI ZAKAT SELURUH NEGARA 200%?
Disertakan jawapan dari salah satu Majlis Agama Negeri iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dijawab dari tahun lepas lagi 2015.Jawapannya di link ini : goo.gl/ZM2E2s dan dibawah ini.

Siapa Saff Rainz ni?? = Akaun Palsu Yang Sudah TIdak Wujud
______________________________________________

Viral sekarang ini posting Renungan Sentap yang ditulis oleh pengguna FB Saff Rainz tentang pengurusan zakat. Posting ini sudah tersebar sejak tahun lepas dan MAIWP telah memberi penjelasan. Saff Rainz sendiri telah menyiarkan maklumbalas MAIWP di wall FB seperti gambar.
Memadangkan ia masih viral, maka MAIWP kemukakan sekali lagi jawapannnya.

MASUK KERJA JAM 7 BALIK 5 PETANG, PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT APA

Sebagaimana yang ditulis, perkara ini merupakan satu dakwaan melulu. Di MAIWP, kami menerima lebih 300 orang pemohon bantuan yang datang ke kaunter setiap hari. Tidak ada masa utk kami melakukan apa yg didakwa.

MENCARI ASNAF

Spt banyak kali maklumkan, di Wilayah Persekutuan, kami telah menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP utk cari mereka yang susah dan tercicir dan kami bukan hanya tunggu di pejabat. Kami buka talian hotline utk mudahkan org laporkan kalau ada di kawasan mereka yg dalam kesusahan. Tapi ini bukan bermaksud kami sendiri tidak mencari, cuma kami turut mengharapkan kerjasama orang ramai utk salurkan mklumat sekiranya kami terlepas pandang.

BANTUAN BERBULAN2 BARU DAPAT

Di Wilayah Persekutuan, kelulusan bantuan akan diberikan dalam tempoh 5 hari setelah dokumen lengkap dan bantuan akan disalurkan kepada penerima dalam 2 minggu. Jadi di mana asas dakwaan ini?

WANG UTK PELAJAR KENA BERI TANPA BAYAR BALIK

Sememangnya bantuan-bantuan zakat di MAIWP kesemuanya tidak perlu dibayar balik termasuk bantuan pelajaran, perniagaan dan lain2.

BANGUNAN PEJABAT ZAKAT DAN GAJI

Telah diperuntukkan dalam asnaf zakat iaitu amil untuk digunakan bagi membiayai pengurusan institusi zakat. Tp jumlah yang boleh digunakan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan dari JK Hukum Syarak yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan bukan sewenang2nya digunakan. Kami sentiasa diaudit dan MAIWP telah menerima sijil audit bersih 10 tahun berturut2 dan 4 bintang bagi indeks akauntabiliti pengurusan kewangan daripada Jabatan Audit Negara 3 tahun berturut-turut.

KEBANYAKAN BANTUAN BUKAN DARI PUSAT ZAKAT

Percaya atau tidak, sebahagian besar kes yang keluar di akhbar bila disemak mendapati mereka sebenarnya telah menerima bantuan zakat.

SKANDAL WANG PALESTIN HILANG

Perkara ini tidak berlaku di MAIWP dan mohon ia dapat dirujuk terus kpd negeri yang berkaitan.
Maka inilah antara maklumbalas yang MAIWP boleh berikan bagi menjawab tulisan viral berkenaan. Harus diingat pengurusan zakat adalah di bawah bidang kuasa negeri masing2 dan bagi memudahkan maklumbalas diberikan dengan tepat, sewajarnya ia ditujukan kepada agensi zakat di negeri berkaitan dan tidak “pukul rata” semua agensi zakat.

Tolong pakat “share” utk sama-sama beri penjelasan.

Sumber 1: kisahzakatmalaysia.com
Sumber 2:Facebook Kisah Zakat Malaysia

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top