Wanita WAJIB Baca! Ini 6 Syarat Mudah Wanita Solat Tanpa Perlu Telekung Lagi.

Gambar Hiasan (Sumber Google)

 

Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.


Sekadar Gambar Hiasan.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar. Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

SYARAT 1: Mestilah Menutup Dagu

Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal ,boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung,kena pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun,yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh teselak tudung. Nanti nampak leher,batal pulak. Jangan lupa bab itu. Isu dagu ini terdapat khilaf,canggah pendapat. Jadi ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2: Seelok-eloknya Pakai Handshocks!

Ya,sebab masa melakukan pergerakan solat,ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan,tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tal sedar  kalau terbuka aurat. Jadi,kenalah pakai. Hnadshocks ini memang digalakkan.

SYARAT 3: Memakai Baju,Lengan Pendek Dengan Handsocks.

Ingat,syarat Menutup aurat,bukan membalut aurat. Kalau handsocksnya ketat,maka tak kira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ini dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek,baju lagi kat dalam lenan panjang, dan handsocks. sanggup?

Jadi,tak boleh, Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat,walaupun lengan tangan.

SYARAT 4: Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam

Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma pakailah seluar di dalam kain. Nanti semasa solat tersingkapkain tu,susah juga. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh,lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boeh nampak bayang-bayang leher kita. Jadi pastikan tak ada bayang-bayang semua sebelum solat ya. Nanti terbatal solat,sayang je kita solat,takut tak diterima.

SYARAT 5: Pakai Stokin Yang Tebal.

Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi kita kena bagi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun,nampak jari pada stokin tu pun ada khilaf,bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak.

Allahhua’alam.. Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6: Pakai Seluar?

Sebolehnya pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan masa buat pergerakan solat akan timbul bahagaian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung,terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.

* Tambahan,jika anda rasa pakaian anda masih belum boleh dibawa solat tanpa perlu memakai telekung,itu bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna.Semoga kita terus selalu memperbaiki diri. Semoga bermanfaat.

Sumber: FB ROHANA SAAD.

Kredit: sayaluvislam.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *