Kisah Hidup

Zuan Azmi buka mulut dedahkan situasi sebenar TV3 dulu jika tidak sokong PM.

Setelah berakhirnya Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) tempoh hari, stesen TV dan mereka yang bertugas dalam melaporkan berita mendapat kecaman netizen kerana dilihat tiba-tiba berubah angin memihak kepada pihak kerajaan sekarang sedangkan dulunya tidak mendapat tempat sebagai pembangkang.

Hal itu adalah biasa kerana media arus perdana sememangnya harus berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Stesen TV atau mereka yang bertugas secara telus di dalamnya tidak harus dipersalahkan, hanya segelintir yang didakwa menjadi orang suruhan politik hingga salah menggunakan kuasa sekaligus mencalarkan imej wartawan.

Zuan Azmi bekas wartawan TV3 menerusi akaun profil Facebook miliknya hari ini akhirnya tampil ‘membuka mulut’ dan mendedahkan apa yang berlaku.

Zuan Azmi buka mulut dedahkan situasi sebenar TV3 dulu sehingga terpaksa berhenti kerja.
Masih aku ingat hanat2 dalam TV3 yang tibai aku kaw2 waktu kes gambaq Najib dulu. Beria2 nak matikan aku dari TV3, sekarang dah kena halau belum?

Untuk orang luar, warga keja TV3 atau Media Prima tidak bersalah, tapi yang salah hanat2 yang kuat makan dedak yang keja dalam TV3 tu sendiri. Percayalah aku cakap yang depa makan dedak gred A, hidup mewah. Cover saja story orang2 tu masyukkk baq hang.

Walaupun macam2 cara aku buat nak betulkan salah aku tu dulu termasuklah cubaan nak jumpa dan minta maaf dekat Najib, depa ni ibarat tak boleh stop selagi aku masih ada di TV3.

Di satu sudut, yang buat salah letak gurauan tak kena tempat tu aku, aku akui aku salah dan tak patut buat. Ya lah aku tak sokong Najib, aku marah sebab apa yg Najib buat dekat Tun M pada waktu tu. Gila kot, Tun M tu negarawan hebat, orang Kedah & senior aku di SAHC, confirm2 la aku sokong dia.

Aku antara frontliner TV3 yang berani tunjukkan sokongan kepada Tun M & Mukhriz di sosial media (IG & FB) pada waktu itu. Yang lain semua diam sebab nak selamat juboq sendiri saja.
Untuk info setahun jugak aku hadap battle ni sebelum aku decide berhenti dengan rela hati tanpa paksaan dari Media Prima pada Nov 2016 & focus bisnes Daging Merah Loqstaq aku. Believe me too many snakes there. Nak jelaskan berhenti rela hati bukan sebab isu ni, tapi cubaan nk jatuhkan sebab isu ini ada berlaku dari luar dan dalam TV3.
Aku amat berharap hanat2 ni akan dibersihkan sepenuhnya dari TV3 & Media Prima khususnya yang ada dalam News tu. Kesian warga kerja lain bekerja siang malam nak cari rezeki untuk keluarga kena hentam sebab hanat2 ni.

Tak perlu aku mention siapa hanat2 ni. Sapa makan cili dia rasa pedasnya! Yang bukan hanat pastinya akan relax saja kan.

Akhir kata Tun M dh diangkat jadi PM, dia pastinya akan bijak atoq TV3 tu jadi elok balik. Dont worry kawan2 di sana.

Sumber: Siakapkeli.my

Sering Dikecam dan Didakwa Sampaikan Fitnah, Pembaca Berita Ini Tampil Dedah Hal Sebenar, Allahu Macam Tu Rupanya!

‘Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3.’

Tidak ramai yang mampu melupakan bagaimana TV3 menghentam dan memfitnah ahli politik pembangkang dan menyokong padu kerajaan yang memerintah ketika itu.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari Buletin Utama TV3 menyiarkan berita buruk tentang pembangkang dan yang menjadi mangsa amarah rakyat adalah pembaca berita malang ini.

Mengaku tidak beberapa gemarkan politik dan hanya mencari makan, ini luahan beliau.

Tidak ramai yang tahu, apa yang saya perkatakan ketika melakukan lintas langsung BERSIH dari balkoni Persatuan Bola Keranjang Malaysia pada 2007. Yang ramai tahu hanya aksi saya di’boo’ dalam video yang diambil seorang peserta yang sedang berarak yang disebarkan di Youtube. Ketika melakukan lintas langsung itu, saya mengatakan bahawa ‘peserta BERSIH sanggup untuk meredah hujan lebat dan menunjukkan semangat yang berani, tidak mempedulikan kawalan polis untuk berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyatakan hasrat mereka’. Sebelum itu, ketika mereka sedang menuju ke sana, dari balkoni itu saya melambai malah memberi tabik hormat kepada beberapa peserta dan mereka juga tersenyum kepada saya. Namun ketika dihalau polis, mereka berpatah balik dan melalui kawasan lintas langsung saya, membaling saya dengan botol air TANPA mengetahui apa yang sebenarnya sedang saya perkatakan ketika lintas langsung itu. Pengadilan dibuat kepada saya, hanya kerana saya memegang mic dengan logo TV3.

Itulah yang berlaku kini, diambang Malaysia Baharu.

Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3. Sedari dahulu lagi, sayalah yang menanggung kata-kata nista ini termasuk menghukum saya masuk neraka. Namun kerana menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Zuan Azmi buka mulut dedahkan situasi sebenar TV3 dulu sehingga terpaksa berhenti kerja.

Rakan-rakan saya di TV3 tahu, Izwan Azir Saleh adalah seorang yang tidak gemar politik. Ketika bertugas di Parlimen, saya lebih suka tidur daripada sibuk mencari ahli yang berhormat. Namun ketika saya harus berlintas langsung, saya akan pastikan yang saya kelihatan tip-top, segak dan tahu apa yang berlaku. Semua itu saya lakukan supaya apabila kerja saya selesai dengan baik, saya boleh pulang segera tanpa ditanya lagi oleh boss dan melanjutkan kehidupan harian saya, menikmati masa-masa bersama keluarga atau bersendirian tanpa diganggu urusan kerja.

Saya kini dihukum hanya kerana berkhidmat dengan sebuah saluran TV Pro-BN. Saya menjadi seperti Allahyarham Nordin Ahmad atau Sharif Doll yang diludah di Jalan Ampas, Singapura hanya kerana watak antagonis Datuk Laksamana Megat Seri Rama dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Samseng Kampung Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah kalian menilai hanya dari kulit, tapi bacalah isi kandungannya. Fahami bahawa golongan barisan hadapan ini adalah mentimun. Digolek juga lenyek, menggolek juga lenyek. Saya hanya cuba melaksanakan tugas saya dengan baik.

Ramai yang tidak tahu, ketika Datuk Seri Shafie Apdal dipecat daripada pentadbiran terdahulu, sayalah bersama pasukannya, membersihkan pejabat Menteri sehingga larut malam, dan berpelukan dengan rakan-rakan saya yang terpaksa meninggalkan pejabat dengan segera.

Tetapi saya tidak perlu menceritakan semua ini, atas dasar persahabatan bersama mereka. Mereka kenal saya. Pemimpin kerajaan kini juga kenal saya, malah ada antara mereka yang sering berhubung dengan saya. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan.

Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Biarkanlah saya melaksanakan tugas secara profesional seperti yang telah saya lakukan selama ini. Walaupun pedas tuduhan yang anda lempar, tetapi akhirnya saya cuma manusia biasa. Penyampai Berita bukan pembuat dasar. Apabila diarah untuk bersiaran, saya akan lakukan yang terbaik dan apabila diarah berhenti daripada bersiaran, seperti ketika saya diminta meninggalkan pasukan Malaysia Hari Ini (MHI) Januari lalu, saya taat dan keluar dengan seikhlas hati. Itulah saya.

Saya sudah melihat sinar politik matang dikalangan pemimpin kita sekarang. Yang menang meneruskan tanggungjawab, yang kalah telah mengucapkan tahniah. Tetapi, kita dibawah ini juga perlu bersikap matang supaya Malaysia Baharu yang kita inginkan, akan benar-benar tercapai bukan sekadar dengan tulisan tapi dirasai dan meresap kedalam dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia.

Terima kasih anda yang faham dan mahu memahami tugas kami sebagai pemberita. Jika yang tidak mahu faham, cubalah sekali sekala memakai kasut kami. Anda akan mengerti.

Salam Hormat.

Source : Mohd Izwan Azir via chemanfans.info

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top